Thursday, March 13, 2008

LATIHAN PENULISAN ESEI: TAJUK - PENCEMARAN

PENCEMARAN

Soalan-soalan dalam blog ini merupakan lanjutan daripada laman web www.zainuddinyazid.com yang membincangan tentang pencemaran. Sila lawati laman web tersebut.

Soalan-soalan dalam laman web ini terdiri daripada soalan umum tentang pencemaran, soalan-soalan tentang pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran daratan dan pencemaran bunyi. Anda dinasihatkan supaya melawati laman web mengenai pencemaran terlebih dahulu sebelum menjawab soalan-soalan di bawah.

Guru-guru dan para pelajar boleh memilih mana-mana soalan yang dikehendaki. Jika anda ingin menggunakan blog ini untuk menjawab soalan ini, sila nyatakan nombor soalan ataupun menulis soalan sebelum esei ditulis.

Diharapkan semua pengunjung dapat menggunakan blog ini secara ilmiah.


Arahan: Berdasarkan satu daripada tajuk di bawah tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih 180 patah perkataan.

TAJUK UMUM:

A) PENCEMARAN

1. Isu pencemaran alam sekitar merupakan satu isu global yang perlu diberi penelitian bersama-sama ada peringkat negara ataupun peringkat antarabangsa. Bincangkan.
2. Alam sekitar amat penting untuk dipelihara. Huraikan punca-punca terjadinya pencemaran di Malaysia.
3. Pencemaran alam berlaku secara berleluasa sekarang. Bincangkan implikasi pencemaran alam terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia.
4. Pencemaran alam sering diperkatakan dalam media massa sekarang ini. Huraikan bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam dari terus mencemarkan alam sekitar.

B) PENCEMARAN UDARA

1. Pencemaran udara di kawasan perindustrian boleh dikatakan telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Bincangkan mengenai pencemaran udara yang berlaku di negara kita.
2. Bincangkan faktor-faktor bagaimana berlakunya pencemaran udara.
3. Ruang udara bumi sekarang ini dipenuhi oleh asap industri, debu dan jerebu. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara tersebut.
4. Pencemaran udara berlaku secara berleluasa sekarang ini. Nyatakan implikasi pencemaran udara terhadap alam sekitar.
5. Pencemaran udara berlaku di mana-mana juga sekarang ini tanpa mengira kawasan perindustrian atau di kawasan-kawasan lain. Huraikan faktor-faktor dan cara mengatasi masalah pencemaran udara tersebut.
6. Pencemaran menjadi isu besar di dalam media massa sekarang ini. Bincangkan implikasi pencemaran udara terhadap persekitaran dan cara-cara untuk mengatasi pencemaran udara tersebut.
7. Pencemaran udara menjadi satu isu kepada alam sekitar. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran udara berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran udara tersebut.

C) PENCEMARAN AIR

1. Pencemaran air di kawasan perindustrian boleh dikatakan telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Bincangkan mengenai pencemaran air yang berlaku di negara kita tanpa mengira kawasan perindustrian ataupun kawasan lain..
2. Bincangkan faktor-faktor bagaimana berlakunya pencemaran air.
3. Kebanyakan sungai di negara kita dicemari oleh sisa buangan. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran air tersebut.
4. Pencemaran air berlaku secara berleluasa sekarang ini. Nyatakan implikasi pencemaran air terhadap alam sekitar.
5. Pencemaran air berlaku di mana-mana juga sekarang ini tanpa mengira kawasan perindustrian atau di kawasan-kawasan lain. Huraikan faktor-faktor dan cara mengatasi masalah pencemaran air tersebut.
6. Pencemaran menjadi isu besar di dalam media massa sekarang ini. Bincangkan implikasi pencemaran air terhadap persekitaran dan cara-cara untuk mengatasi pencemaran air tersebut.
7. Pencemaran air menjadi satu isu kepada alam sekitar. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran air berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran air tersebut.

D) PENCEMARAN BUNYI


1. Pencemaran bunyi di kawasan perindustrian dan kawasan bandar boleh dikatakan telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Bincangkan mengenai pencemaran bunyi yang berlaku di negara kita tanpa mengira kawasan perindustrian ataupun kawasan lain..
2. Bincangkan faktor-faktor bagaimana berlakunya pencemaran bunyi.
3. Di bandar-bandar utama di negara kita dicemari oleh bunyi bising oleh kenderaan. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi tersebut.
4. Pencemaran bunyi berlaku secara berleluasa sekarang ini. Nyatakan implikasi pencemaran bunyi terhadap alam sekitar.
5. Pencemaran bunyi berlaku di mana-mana juga sekarang ini tanpa mengira kawasan perindustrian atau di kawasan-kawasan lain. Huraikan faktor-faktor dan cara mengatasi masalah pencemaran bunyi tersebut.
6. Pencemaran menjadi isu besar di dalam media massa sekarang ini. Bincangkan implikasi pencemaran bunyi terhadap persekitaran dan cara-cara untuk mengatasi pencemaran bunyi tersebut.
7. Pencemaran bunyi menjadi satu isu kepada alam sekitar. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi tersebut.

E) PENCEMARAN DARATAN


1. Pencemaran daratan di kawasan perindustrian boleh dikatakan telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Bincangkan mengenai pencemaran daratan yang berlaku di negara kita tanpa mengira kawasan perindustrian ataupun kawasan lain.
2. Bincangkan faktor-faktor bagaimana berlakunya pencemaran daratan.
3. Kebanyakan sungai di negara kita dicemari oleh sisa buangan. Huraikan cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran daratan tersebut.
4. Pencemaran daratan berlaku secara berleluasa sekarang ini. Nyatakan implikasi pencemaran daratan terhadap alam sekitar.
5. Pencemaran daratan berlaku di mana-mana juga sekarang ini tanpa mengira kawasan perindustrian atau di kawasan-kawasan lain. Huraikan faktor-faktor dan cara mengatasi masalah pencemaran daratan tersebut.
6. Pencemaran menjadi isu besar di dalam media massa sekarang ini. Bincangkan implikasi pencemaran bunyi terhadap persekitaran dan cara-cara untuk mengatasi pencemaran bunyi tersebut.
7. Pencemaran bunyi menjadi satu isu kepada alam sekitar. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi tersebut.